aspirasidiri : Hati Sakit Siapa Doktornya
sumber <> norish
Setiap keluarga menginginkan dia dan keluarganya bahagia.Ada banyak ciri dan penafsiran tentang keluarga bahagia. Salah satu ciri keluarga bahagia ialah keluarga yang mana tiada ahli keluarganya terlibat gejala penagihan dadah, dengan kata lain keluarga bebas dadah.
Banyak juga kes yang ditemui, punca anak menagih dadah adalah dari ibu bapa sendiri.Bukan bapa yang menyuruh anaknya menagih, tetapi suasana rumah yang dibentuk oleh bos atau pengarah rumahtangga itu sendiri. Hatta seorang yang berduit, berpangkat pun tidak terlepas dari gejala ini.
Banyak sebab kenapa ia terjadi begitu, dari pengalaman, kajian kes dan pendedahan di akhbar saban hari, kita temui salah satunya ialah anak tidak mendapat penghargaan dari bapanya sendiri. Sukarnya seorang bapa membuka mulut memuji kejayaan anak-anaknya. Sungguh mahal nilai pujian, sebab itu, tuhan mengajar kita memuji, memuji diriNya dan orang-orang lain yang berhak mendapat pujian.
Setiap keluarga menginginkan dia dan keluarganya bahagia.Ada banyak ciri dan penafsiran tentang keluarga bahagia. Salah satu ciri keluarga bahagia ialah keluarga yang mana tiada ahli keluarganya terlibat gejala penagihan dadah, dengan kata lain keluarga bebas dadah.
Banyak juga kes yang ditemui, punca anak menagih dadah adalah dari ibu bapa sendiri.Bukan bapa yang menyuruh anaknya menagih, tetapi suasana rumah yang dibentuk oleh bos atau pengarah rumahtangga itu sendiri. Hatta seorang yang berduit, berpangkat pun tidak terlepas dari gejala ini.
Banyak sebab kenapa ia terjadi begitu, dari pengalaman, kajian kes dan pendedahan di akhbar saban hari, kita temui salah satunya ialah anak tidak mendapat penghargaan dari bapanya sendiri. Sukarnya seorang bapa membuka mulut memuji kejayaan anak-anaknya. Sungguh mahal nilai pujian, sebab itu, tuhan mengajar kita memuji, memuji diriNya dan orang-orang lain yang berhak mendapat pujian.
| Tahap Maklumat |
aspirasidiri : Selawat Haji
صلوات الحج
اللهم صل على سيدنا محمد تبلغنا حج بيتك الحرام وزيارة
حبيبك سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم فى صحة وعافية وسلامة وبلوغ المرام
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبح وبارك وسلم
Hikmah : Diamalkan khas untuk memohon rezeki bagi menyempurnakan Fardu Haji
Dibaca 1000 kali, puasa sunat
di ajarkan oleh Ustaz Hj Baharuddin b Hj Yunus,
Kuliah bab Qurban & Aqiqah, Kitab Sabilal Muhtadin
Insya Allah akan dibariskan..
Kuliah bab Qurban & Aqiqah, Kitab Sabilal Muhtadin
Insya Allah akan dibariskan..
| Tahap Maklumat |
aspirasidiri : Mendapat Haji Mabrur.... Insya Allah
Persiapan terakhir di Mekah

Sejumlah jemaah haji mengelilingi Kaabah di Mekah semalam.
MEKAH - Pekerja-pekerja di Arab Saudi melakukan persiapan terakhir bagi menyambut lebih 2.5 juta umat Islam yang semalam menuju ke Mekah bagi menunaikan ibadah haji.
Bakal jemaah kini berhimpun di Tanah Suci lewat semalam untuk memulakan ibadah pada hari ini dengan tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan di Masjidil Haram.
Mereka kemudian akan menuju ke Mina untuk bermalam sebelum wukuf di Arafah esok dan kemudian singgah di Muzdalifah untuk melontar batu di tiga tempat jamrah
Mudah-mudahan Allah akan menngizinkan daku dan keluarga menyempurnakan rukun Islam Yang ke lima.
| Tahap Maklumat |
aspirasidiri : Lagi Ponteng Vs Siber Cafe...

PELAJAR dengan pakaian seragam sekolah asyik melayari internet di sebuah pusat siber di Jalan Meru.
Sentral: Markas ponteng
| Tahap Maklumat |
aspirasidiri : Cabaran Tugas Guru
Cikgu paparazi
Oleh Mary Victoria Dassmaryvictoria@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: Misi sekumpulan guru yang terpaksa menjadi ‘paparazi’ selama hampir dua bulan bagi menangani masalah pelajar ponteng di sebuah sekolah di bandar raya ini berjaya merakamkan kira-kira 50 gambar dan video pelajar terbabit melakukan pelbagai kegiatan tidak berfaedah dan bermoral termasuk menonton filem lucah beramai-ramai.
Semuanya akan dijadikan bahan bukti untuk didedahkan pada ibu bapa, sekali gus membuka mata mereka berhubung sikap sebenar anak masing-masing di sekolah berbanding ketika di rumah.
| Tahap Maklumat |
aspirasidiri : Ponteng 100 orang pelajar sehari......
utusan 24.11.2009
100 pelajar sekolah ponteng setiap hari
JOHOR BAHRU 22 Nov. - Kira-kira 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Nasir Ismail di Kampung Datuk Sulaiman Menteri di sini dikesan ponteng sekolah setiap hari.Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Abdullah Abdul Rahim yang bimbang dengan gejala itu menggesa semua pihak termasuk ibu bapa, guru, masyarakat setempat dan pihak berkuasa untuk bekerjasama menangani masalah itu.
| Tahap Maklumat |
aspirasidiri : Mengejutkan........
Hari ni 24.11.2009 jam 125 pg, hit caunter 8956 hits, online 10, total visitors 457894..... ini yang menjadi tanda tanya.......
| Tahap Maklumat |
aspirasidiri : Remaja & Internet
Dunia internet pengaruhi sahsiah remaja
Oleh Khairul Azhar Idris
Ibu bapa perlu bendung kesan negatif rosakkan moral anak
GOLONGAN remaja sewajarnya berusaha untuk belajar menjadi seorang yang bertanggungjawab dan beretika ketika melayari internet. Ungkapan ini bukan ingin menuduh golongan remaja tidak bertanggungjawab ketika di dunia siber dan tidak juga mengiakan mereka ini lebih beretika lagi ketika di alam nyata kehidupan seharian mereka berbanding di alam siber.
Ini memandangkan kurangnya kajian secara empirikal dan mendalam berhubung salah laku moral remaja ketika di internet dan kaitannya dengan kegiatan mereka ketika di luar alam siber. Malah, penulisan ini sebenarnya cuba melihat perilaku yang berada di luar etika dan norma kemasyarakatan yang sering kali dikaitkan dengan golongan remaja ketika berinternet dan hubungannya dengan kehidupan realiti mereka.
Namun apa yang pasti, kegiatan tidak beretika di alam siber sudah tentu akan mengundang golongan ini
Oleh Khairul Azhar Idris
Ibu bapa perlu bendung kesan negatif rosakkan moral anak
GOLONGAN remaja sewajarnya berusaha untuk belajar menjadi seorang yang bertanggungjawab dan beretika ketika melayari internet. Ungkapan ini bukan ingin menuduh golongan remaja tidak bertanggungjawab ketika di dunia siber dan tidak juga mengiakan mereka ini lebih beretika lagi ketika di alam nyata kehidupan seharian mereka berbanding di alam siber.
Ini memandangkan kurangnya kajian secara empirikal dan mendalam berhubung salah laku moral remaja ketika di internet dan kaitannya dengan kegiatan mereka ketika di luar alam siber. Malah, penulisan ini sebenarnya cuba melihat perilaku yang berada di luar etika dan norma kemasyarakatan yang sering kali dikaitkan dengan golongan remaja ketika berinternet dan hubungannya dengan kehidupan realiti mereka.
Namun apa yang pasti, kegiatan tidak beretika di alam siber sudah tentu akan mengundang golongan ini
| Tahap Maklumat |
aspirasidiri : Persepsi dari WARTAWAN 360
sumber <> mazidul akmal sidik 360 T3
5A dan 5E
Manakala lebih 3,000 pelajar mendapat keputusan 5E, usah bersugul. Peringatan sama juga disasarkan kepada guru dan ibu bapa mereka. Saya percaya pelajar terbabit bukan dungu. Keluarga dan guru perlu menilai semula faktor penyebab mereka mendapat keputusan sebegitu.
Hakikatnya, segelintir pelajar pada usia 12 tahun masih tidak mengerti kepentingan ilmu lantas kurang berminat semasa belajar di dalam kelas. Kadangkala, segelintir guru pula samada secara sedar atau tidak menganaktirikan kelompok sama. Maksudnya guru lebih cenderung memberikan tumpuan membimbing pelajar lebih cemerlang. Bukan menuduh tetapi senario itu mungkin kerap berlaku sebelum ini, kini dan di masa akan datang.
Pelajar sama juga barangkali tidak berpeluang mendapatkan latihan tambahan berbanding rakan lain. Banyak faktor penyebab, antaranya sikap ibu bapa tidak ambil pusing berhubung prestasi pelajaran anak mereka di rumah. Perhatikan, majoriti ibu bapa berkemampuan menghantar anak ke kelas tuition. Sebahagian lagi tidak, berikutan kekangan ekonomi biarpun mereka juga berhasrat melihat anak lebih berjaya.
Apapun semua harus sedar, keputusan 5A atau 5E bukan faktor penentu mutlak kejayaan atau kegagalan kehidupan anak-anak di masa hadapan. Mereka masih berpeluang memperbetulkan keadaan. Kebanyakkan mereka akan melangkah ke sekolah menengah dan berpeluang meimba ilmu di universiti. Bagi pelajar mendapat keputusan kurang memberansangkan, jika disuntik semangat dan disokong usaha kental membimbing mereka, InsyaAllah kejayaan diburu akan menjadi kenyataan. Kepada pelajar mendapat keputusan 5A, usah cuai, ramai pelajar kita cemerlang dari aspek keputusan peperiksaan sebelum ini tetapi kemudian hancur kehidupan sewaktu dewasa akibat gagal mendepani pelbagai cabaran secara sempurna.
Ketika itu guru, ibu dan ayah sudah tiada untuk memimpin tangan mereka.
| Tahap Maklumat |
aspirasidiri : Sebahagian Anugerah Kejayaan
Pelajar cacat 5A terima komputer riba
BESUT 20 Nov. - Pelajar cacat yang memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan semalam, menerima sebuah komputer riba sumbangan kerajaan negeri hari ini.Siti Norfarah Azman, 12, dari Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud II (SKTMII) menerima komputer tersebut daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusoif.
| Tahap Maklumat |
aspirasidiri : Cabaran
48,171 pelajar rebut 6,600 tempat

PESAKIT kanser tulang, Izzi Amiruddin dikerumuni rakan-rakannya pada majlis anugerah cemerlang di Sekolah Kebangsaan Mat Kilau, Kuantan semalam atas kejayaan mendapat 4A 1B biarpun terpaksa belajar bersendirian. - Bernama
![]() |
| |
KUALA LUMPUR - Jika kesemua 48,171 pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berharap dapat ke sekolah berasrama penuh (SBP) pada Januari depan, maka pastinya ramai yang kecewa.
Ini kerana kuota bagi 58 SBP di seluruh negara untuk pelajar baru hanya 6,600 orang, menjadikan purata 10 pelajar yang masing-masing mendapat 5A terpaksa bersaing merebut satu tempat.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zakarshi (gambar kecil) mengakui ramai pelajar pasti kecewa kerana jumlah tempat di SBP jauh daripada mencukupi.
"Kita tahu di luar sana ramai pelajar cemerlang tetapi itu sahaja tempat yang ada,'' katanya selepas majlis Pra Pelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di sini semalam.
Disebabkan tempat yang terhad, beliau menjelaskan, saringan memilih calon juga diperketatkan
| Tahap Maklumat |
Wajah Cemerlang UPSR 2009

Wajah-wajah cemerlang UPSR
UMMU Aiman Abd. Latif dari SK Gunung membawa slip keputusan UPSR 5A
kepada bapanya, Abdul Latif Hamid, 46, yang mengambil upah menyulam anak padi di K
kepada bapanya, Abdul Latif Hamid, 46, yang mengambil upah menyulam anak padi di K
ALOR SETAR: Tiada saat paling menggembirakan bagi pesawah di Kampung Alor Gunung, di sini, selain mendapat berita mengenai keputusan cemerlang anak perempuannya, Ummu Aiman Abd Latif, 12, yang mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), di sini, semalam.
Pengorbanan dan penat lelah Abdul Latif Hamid, 45, mengambil upah mengerjakan sawah milik saudaranya
untuk membesarkan empat anak, termasuk anak
| Tahap Maklumat |
aspirasidiri : Gembira di Sebalik Duka
Terima keputusan depan jenazah ibu
BHarian 21.11.2009
SEREMBAN: Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan
menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior kelmarin, Siti Amynur ada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu keluarga menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.Berderai air mata Siti Amynur dan ahli keluarga apabila guru
besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi kelmarin."Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan ketika hayatnya bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur yang kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.Pada April lalu, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur meninggal dunia, berkata: "Siti adalah ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang. Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin."Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya dikebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya.Beliau dengan ditemani seorang guru hampir saja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan Siti Amynur, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang".Noreha kini berusaha untuk membantu Siti Amynur mendapat tempat di sekolah berasrama penuh."Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Ketika Siti patah kaki April lalu, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya.Katanya, Siti Amynur mahu mengubah kemiskinan keluarganya dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah. - Bernama
| Tahap Maklumat |
aspirasidiri : Hadiah Buat Bonda..
5A Kuhadiahkan Buatmu Bonda Tersayang
Mutiara Yang Bersinar di
SK Felda Ulu Penggeli
Mohd Alif Akmal 5A UPSR 2009
admin aspirasidiri.blogspot.com
merakamkan Setinggi Tahniah Dan Penghargaan
di Atas Kejayaan Cemerlang... Tahniah Alif.....
| Tahap Maklumat |
aspirasidiri : Bangsa Bukan Penghalang
Pelajar Melayu, India dapat 7A
Utusan
![]() |
MUHAMMAD Daniel Idrus (kanan) bersama S. Karthika Dewi merupakan dua murid dari sekolah aliran Cina yang memperoleh 7A dalam UPSR di Melaka. |
MELAKA 19 Nov. - Dua murid Melayu dan India yang belajar di sekolah aliran Cina membuktikan walaupun belajar dalam persekitaran yang berbeza, mereka mampu meraih 7A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.
Muhammad Daniel Idrus dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bachang dan S. Karthika Dewi dari SJKC Notre Dame masing-masing memperoleh A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan, Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Cina (Penulisan dan Pemahaman), Sains dan Peka (Penaksiran Kerja Amali Sains).
Ketika ditemui pada sidang akhbar Jabatan Pelajaran negeri di sini, Muhammad Daniel yang
| Tahap Maklumat |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Sekitar Pengumuman UPSR 09
Tips Berkaitan Peperiksaan
- Doa
- Mengurus Masa
- Sebulan Sebelum Pepeiksaan
- Seminggu Menjelang Peperiksaan
- Malam Sebelum Peperiksaan
- Pagi Peperiksaan
- Apabila Soalan Telah Di Beri
- Apabila Masa Menjawab Telah Bermula
- Apabila Masa Menjawab Telah Tamat
- Tips Menjawab Soalan Objektif
- Kesilapan Yang Tidak Disedarai Ketika Menjawab
- Tips Ketika Di Dalam Dewan Peperiksaan
- Strategi Mungulangkaji Di Hari Peperiksaan
- Rahsia Kejayaan Calon PMR Yang Lalu
- Tips Menjawab Di Bulan Ramadan
Munajat
- Selawat Haji
- Doa Cemerlang
- Doa Ziarah Hari Raya
- Selawat mencegah Lupa
- Doa Mohon Dikurniakan Ketabahan di Dalam menuntut Ilmu
- Doa Perlindungan Dari Kufur, Ria', Munafik, syirik
- Doa Taubat
- Doa Mohon di Tambah Ilmu
- Doa Mudah menghafal
- Doa Agar Mendapat Pencapaian Terbaik di Dalam Peperiksaan
- Dia Nabi Zakaria
- Doa Dimudahkan Urusan
- Doa Agar Berjaya di Dalam Pelajaran dan mengejar Cita-cita
- Doa Fatihah
- Doa Malaikatul Jamlatul Arsy







